Tuesday, December 15, 2009

Kadar Dividen & Bonus ASB 2009, 8.55 sen seunit

Beruntung juga melabur melalui Pinjaman ASB, pulangannya melebihi 8% setahun, sayadah boleh keluarkan dividen ini awal Januari 2010.-----
*****************************************************************************

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), satu syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), telah mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak 7.30 sen seunit dan bonus sebanyak 1.25 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB), untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2009. Tahun lepas, pengurus dana milik kerajaan itu mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.0 sen seunit dan bonus sebanyak 1.75 sen seunit.

Mengumumkan dividen dan bonus tersebut hari ini, pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, agihan pendapatan itu akan membabitkan pembayaran sebanyak RM4.95 bilion oleh ASNB, satu peningkatan 19.56 peratus daripada RM4.14 bilion yang dibayar pada 2008.

Bahagian bonus pula akan membabitkan pembayaran sebanyak RM537.65 juta oleh PNB. Pembayaran ini akan memberi faedah kepada 6.78 juta pemegang unit yang kini memegang lebih 70 bilion unit ASB. Hamad Kama Piah juga berkata, PNB berada pada kedudukan yang kukuh dan akan memastikan pembayaran dividen yang berterusan.

“Berdasarkan rizab dana, kapasiti kami adalah lebih daripada 11 sen seunit tetapi kami hanya membayar 7.30 sen seunit dan membawa ke hadapan baki 3.70 sen untuk tahun 2010. “Ini ialah dana jangka panjang dan kami mahu memastikan kami boleh menggunakan wang itu untuk membeli lebih banyak saham dan membuat lebih banyak pelaburan kerana kami akan harus membayar sekali lagi,” tambahnya.

Sehingga 10 Disember, ASB mencatatkan pendapatan kasar RM5.46 bilion, satu peningkatan 3.4 peratus daripada RM5.28 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas. Pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat penerima pelaburan menyumbang RM1.48 bilion, atau 27 peratus daripada pendapatan kasar. Keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM3.67 bilion, atau 67 peratus, sementara baki RM309 juta atau 6.0 peratus adalah daripada pelaburan-pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pelaburan.

Agihan pendapatan dan bonus akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun-akaun pemegang unit. Semua urus niaga ASB akan digantung mulai 21 Dis hingga 3 Januari untuk memudahkan pengiraan agihan pendapatan dan bonus. Pemegang unit boleh mengemaskinikan akaun mereka mulai 4 Januari.

ASB adalah dana pendapatan ekuiti harga tetap yang dibuka kepada semua Bumiputera berumur 12 tahun ke atas. Ia bertujuan untuk menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dan berdaya saing untuk pemegang unit.

Monday, November 9, 2009

Analisis bagaimana pinjaman EasyASB menguntungkan anda

Beberapa senario yang boleh menjana wang dengan pinjaman ASB

Senario Pertama:

Anda membuat pinjaman ASB RM100,00 dan bayaran bulanan RM361.00.
Bila anda terima dividen anda biarkan saham ASB anda bertambah dan anda terus membayar setiap bulan seperti biasa sehingga lima tahun.

Akhir Tahun 1 : Saham ASB asal 100,000 + dividen 8,000 (8% x 100K)
Jumlah saham terkumpul 108,000

Akhir Tahun 2 : Saham ASB anda sudah menjadi 108,000 + dividen 8% (8% x 108K) 8,640 = 116,640

Akhir tahun 3 : Saham ASB anda menjadi 116,640 + dividen 8% (8% x 116,640) 9,331.20 = 125,971.20

Akhir tahun 4: Saham ASB anda menjadi 125,971.2 + dividen 8% (8% x 125,971.20) 10,077.70 = 136,048.90

Akhir tahun kelima saham terkumpul ialah 136,048.90 + dividen 8% (8% x 136,048.90) 10,883.90 = 146,932.80

Tapi anda mesti ingat yang 100,000 yang asal tu bank yang punya, jadi kita ambil 46,932.80- inilah keuntungan kita.

Setelah ditolak modal asal- iaitu bayaran bulanan selama 5 tahun (RM361.00 x 60 bulan = RM21,660.00) dapat le untung bersih......46,932.8 - 21,660.00 = RM25,272.80.

Senario kedua:

Pnijaman ASB 100,000, bayar setiap bulan RM361.00 selama 12 bulan sahaja. ( Inilah yang saya buat sekarang)

Akhir Tahun 1 : Anda mendapat dividen 8% x 100,000 = RM8,000. Anda gunakan RM8,000 untuk buat bayaran bulanan untuk tahun ke 2. Tapi tak semua kita guna untuk buat bayaran...kita tinggalkan jumlah RM361 x 12 bulan = RM4,332.... bakinya selebihnya kita ambil untuk kegunaan kita.
Berapa yang kita ambil : 8,000 - 4,332 = RM3,668

Akhir Tahun 2 : Ulang proses di atas tapi tahun kedua kita dah tak keluar duit dari poket sendiri kerana bayaran bulanan di ambil dari dividen.

Berapa kita dapat tahun kedua ialah dividen 8% x 1000 =RM8,000
Dari RM8,000 kita tolak duit untuk byaran bulanan RM361 x 12 bulan = RM4,332
Untung bersih RM8,000 - RM4,332 = RM3,668

Akhir Tahun3 : Seperti biasa kita ambil RM3,668

Akhir Tahun 4: Kita ambil lagi RM3,668

Akhir Tahun 5 : Kita ambil RM8,000 dari dividen dan kita berhenti dari membuat bayaran bulanan (terminate perjanjian pinjaman tanpa ada penalty dan serah balik sijil ASB 100,000 kepada bank) berikutnya sebab proses ini hanya untuk 5 tahun sahaja.

OK. berapa semua kita dapat dikira dari tahun kedua hingga kelima : RM3,668 + RM3,668 + RM3,668 + RM8,000 = RM19,004.

Jadi untung bersih kita dapat semuanya ialah RM19,004 - RM4,332 ( modal asal kita guna untuk buat bayaran bulanan) = RM14, 672.

Perkiraan di atas berasakan dividen ASB yang diberi tahun lepas sebanyak 8% (tidak termasuk bonus ASB) dan bayaran bulanan skim khas ASB RM361 sebulan bagi 100,000 unit ASB. Dividien mungkin kurang atau lebih dimasa depan.