Tuesday, October 20, 2009

Bagaimana menjana wang dengan pinjaman ASB?

Adakah sahabat-sahabat tahu apakah itu "MANIPULASI WANG"? Dan bagaimana caranya untuk kita membiakkan wang simpanan kita yang sedikit itu menjadi berganda dalam masa yang singkat?? ( dalam masa setahun dengan bayaran RM361 sebulan)

Mesti rakan-rakan tidak percaya bukan?? Dan ada yang anggap ini adalah mustahil!! Jangan bimbang dan risau ini bukan 'illegal investment' atau skim cepat kaya. Skim ini dilaksanakan oleh sebuah bank tempatan yang dikawalselia sepenuhnya oleh Bank Negara

Apa yang saya ingin maksudkan disini ialah "PNJAMAN MUDAH ASB" .

Ramai yang telah maklum tentang skim pinjaman ASB dan ia telah lama ditawarkan oleh beberapa bank tempatan. Tetapi skim ini , ia merupakan produk terbaru sebuak bank berlesen dan memberi satu kelainan daripada institusi-institusi perbankkan lain serta memberi pulangan yang lebih berganda kepada penyimpan berkonsepkan "PINJAM,SIMPAN & LABUR DENGAN MUDAH".

Buktinya?? :-

1) Sebagai contoh kes yang bijak, katakan kita membuat pinjaman ASB Loan sebanyak RM100,000 dan mengambil option untuk menyimpan selama 5 tahun sahaja, kita hanya perlu membuat simpanan setiap bulan HANYA RM361.00 sebulan! rendahkan?? dan apa yang kita akan dapati ialah wang kita akan berganda sebanyak RM46,+++ dalam masa 5 tahun sahaja!!

2) Dividen & Bonus akan diterima oleh pencarum setiap tahun mengikut kadar agihan ASB setahun. Kebiasaannya Dividen & bonus kita akan perolehi setiap tahun daripada ASB ialah 8%-9%.

3) Jadi untuk lebih jelas perbandingan pengiraan Pinjaman Mudah ASB dengan Simpanan ASB biasa adalah seperti berikut:-

ASB biasa: (kadar rata 8% / setahun)

Simpanan = RM361/bulan x 12 bulan@setahun

Modal = RM4,332.00 setahun

Pulangan Setahun = RM4,332 x 8% (Dividen)
= RM 346.60 sahaja

Jika ditambah modal asal = RM4,332.00 + RM346.60
Hanya = RM4,678.60


Skim Pinjaman Mudah ASB

Jumlah Pinjaman RM100,000 (kadar rata sama 8% / setahun)

Simpanan = RM361/bulan x 12 bulan@setahun
Modal = RM4,332.00 setahun

Pulangan setahun = 8% x RM100,000.00
= RM 8,000.00!!!

BEZA KEUNTUNGAN = Skim Pinjaman Mudah ASB - Simpanan ASB biasa
= RM 8,000- RM 4,678.60
= RM 3,321.40 masih lebih keuntungan di Skim Baru


Lihatlah betapa hebat dan suburnya wang kita disini..

Jadi, yang mana anda pilih??

Kepada anda yang berminat sila hubungi saya melalui SMS 0196405429 (SMS saje tau) untuk keterangan lanjut. Dan sesiapa yang membuat pinjaman melalui skim baru ni akan dapat kelulusan serta merta...dengan syarat tiada 'blaklist' dalam CTOS atau CCRIS. Semua proses permohonan adalah dibuat di premis bank secara on-line.

(kuota dana adalah terhad!!)

Ayuh rebut peluang keemasan ini!!

Adakah pinjaman ASB menguntungkan?

Ini sedutan dari laman web simpanduit.com:

Melabur Ke Dalam ASB Dengan Menggunakan Pinjaman Peribadi
Oleh : Azha Syazri

Persoalan

Bagi sesetengah orang, melabur dengan menggunakan wang pinjaman peribadi lebih berbaloi kerana anda akan memperolehi sijil ASB yang sah, dan bukannya sekadar 'xerox' copy jika menggunakan ASB Loan dari bank. Tambahan pula, anda akan merasa lebih gembira melihat simpanan sebanyak RM 10,000 di dalam buku ASB anda walaupun anda terpaksa membayar semula pinjaman sebanyak RM 226 sebulan selama 5 tahun.

Jawapan

Sebenarnya ramai orang tidak tahu hakikat sebenar Pinjaman Peribadi (Personal Loan) ni. Kalau personal loan itu dikira secara straight-calculation (seperti pinjaman kereta yang mempunyai fixed-interest), interest sebenar yang dicaj tidak sama dengan interest yang dipamerkan.

Pinjaman untuk 5 tahun pada 7.05%
Interest sebenar pada kadar APR = 12.6%

Pinjaman untuk 7 tahun pada 7.55%
Interest sebenar pada kadar APR = 13%

Walaupun nama pinjaman Islamik, pengiraan semua cara konvensional. Masalahnya, walaupun di dalam surat perjanjian ada tercatat interest sebenar dikira mengikut APR (Annual Percentage Rate), sesetengah bank tidak telus dengan TIDAK menyatakan kadar interest sebenar ini semasa berurusan dengan pelanggan. Sebaliknya mereka mengguna published rate 7.05% & 7.55% sehingga membuatkan pelanggan seperti anda menyangka mendapat faedah pinjaman peribadi yang rendah seperti pinjaman ASB Loan yang berasaskan kadar BLR 7%.

Kalau melabur ke ASB guna personal loan pada kadar interest 12-13% setahun, dan duit itu tadi dilabur dalam ASB yang cuma beri 7-8% setahun, nampak seperti tidak rasional. Sebaik-baik pelaburan adalah guna duit sendiri, dan bukannya dengan duit yang dipinjam (duit hutang).

Katakanlah anda pinjam RM 10,000 pada kadar 7.05% untuk 5 tahun. Interest sebenar 12.6% dan bayaran bulanan adalah RM 226 . Jumlah pembayaran selepas 60 bulan = RM 13,560.

Simpan duit RM10,000 itu dalam ASB yang beri faedah 7% setahun. Selepas 5 tahun, ia menjadi RM 14,025, dengan syarat dividen ASB dilabur semula.

Keuntungan yang anda dapat selepas 5 tahun bersusah payah bayar pinjaman
= RM 14,025 - RM 13,560 = RM 465 sahaja.

Alternatively, kalau anda simpan RM226 sebulan dalam ASB yang beri 7% setahun untuk 5 tahun,
Total Contribution = RM 13,560
Total Investment Value selepas 5 tahun menabung = RM 16,274.

As you can see, menabung dengan duit sendiri sebenarnya lebih untung, kerana pulangan lebih tinggi dan pulangan tersebut anda dapat bersih, tanpa disapu oleh pihak bank melalui interest yang dikenakan ke atas pinjaman peribadi ada. Masalah disiplin atau tidak, sebenarnya adalah isu peribadi. Mengapa bila berhutang boleh disiplin bayar RM226 sebulan tanpa gagal, sedangkan jika menyimpan RM226 sebulan anda akan dapat lebih dari itu?